
assalamualaikum kawan - kawan ;D
hari ini Qiqi ke pasar/bazaar Geylang bersama kembar dan ibu saya .
walaupun terasa sungguh malas , saya memaksa diri saya untuk bangun juga .
maklumlah , bukan selalu dapat berjalan - jalan bersama ibu tercinta ;)
tema hari raya buat saya & kembar saya adalah , sepasang baju kurung berwarna
merah jambu dan juga hitam . kami juga membeli sepasang kain yang akan diletakkan
di bahagian lengan supaya nampak lebih menarik . untuk kasut pula , belum ade idea
lagi . kemungkinan besar , kami adik - beradik akan menggunakan kasot jenis " platform " .
sebelum pulang , kami singgah ke pasar Geylang untuk membeli makanan buat
berbuka puasa . hari ini , ibu akan memasak sotong sambal & juga sayur kangkung bersama
dengan air kegemaran kami sekeluarga iaitu Bandung xD tiba di rumah sahaja , kami
melihat ayah serta rakannya sedang sibuk memasang lampu baru buat halaman rumah & juga
dapur rumah kami . Wah ! sekarang rumah Qiqi tampak lebih bercahaya .
Peperiksaan N , akan bermula esk . Oleh kerana esk adalah peperiksaan Melayu ,
saya menggunakan bahasa melayu buat hari ini ;D boleh tak ?
Insyaallah , esk Qiqi dpt membuat peperiksaan Melayu itu dgn baik , amin .
baiklah , waktu untuk berbuka , selamat tinggal & jumpa lagi !